aku mencipta duniaku sendiri
aku mencorak dan mewarnanya
dengan lingkaran liku dan warna gelap
ini hidupku !
inilah duniaku !
hak aku !
aku rempuh segala duri
walau sakit walau pedih
darah yang mengalir takkan berhenti
kerana tikaman masa lampau
yang masih menyelubungi
aku selesa namun resah
aku ketawa tapi menangis
aku bahagia tapi berduka
lalu aku berdiri kaku dongak ke langit
meminta cahaya menyinari warna gelapku
meminta garis lurus untuk lingkaran likuku
aku melutut sembah dalam syahdu.