jalan sesak dipenuhi asakkan kereta
dengan balasan tembakan hon dan kepulan asap enjin
huru-hara !
seperti jiwa aku juga
tiada ketenangan, kusut, resah !
tiada gambaran, tiada ilham !
mahu saja terbaring atas tar panas itu
agar bebas dari kecelaruan diri
mahu saja berteriak seperti hilang akal
tapi masih waras untuk melakukannya
lalu duduk merenung dan mencari
diam disudut bahu jalan
kosong !
hanya pandangan biasa
aku meneliti dan masih mencari
masih kosong !