Saturday, 3 March 2012

lelaki celaka


celakalah lelaki menabur bicara
tutur kata manis berbisa
kasih tercipta berpura-pura
cinta hilang nafsu beraja

janji disemai luruh berderai
kau jauh hilang pergi
bersama senyuman tanpa hati
kecewa terpaku aku mati

dayusnya kamu wahai lelaki
sayang diucap berlalu pergi
barsama hati tanpa perasaan 
tinggalkan aku dalam kenangan

celakalah lelaki tanpa hati
bisamu luhur tangis wanita
sampai mati disemat rapi
bukan dendam tetapi luka

walau berabad masih berdarah
kerana silam dalam kenangan
kau mencorak warna hidup
yang tinggal gelap disuatu sudut.