I know where I'm going and I know the truth,and I don't have to be what you want me to be. I'm free to be what I want. I love myself. ♡
Wednesday, 28 December 2011
soul's story
Mereka datang dan pergi dari hidupku. Itu perkara biasa sudah. Aku tidak lagi mengharapkan janji-janji atau harapan yang tinggi dari kaum adam yang bergelar lelaki ini. Aku sudah lali dengan janji manis dan perangai mereka. Tidak lagi aku termakan dan tunduk akur pada kata-katamu. Aku tak bodoh lagi untuk terus menunggumu sayang. Biar aku pergi dan jangan kau kejar aku lagi. Biar aku hilang dan jangan kau cari aku lagi. Biar aku bebas dan jangan kau hiraukan lagi. Tanpamu juga aku mampu berdiri dengan sendirinya. Sungguhpun sakit itu lebih baik. Dari aku sentiasa dan terus sakit bersamamu. Kenangan kita adalah yang terindah dan akan ku simpan baik-baik dalam ingatanku. Kau yang satu bagiku tetapi bukanlah jodoh kita lagi. Aku manusia biasa. Punya hati dan perasaan. Sampai bila mahu menunggu kerana semakin hari aku terseksa. Aku seorang wanita, bukan bermakna lemah. Tetapi kerana aku sudah menjadi terlalu kuat untuk mengharungi semua ini. Lebih baik diberhentikan saja. Agar semua boleh jadi seperti biasa. Aku bukan lagi untukmu. Aku tiada lagi disisimu. Itu kau harus sedar. Terima kasih atas semuanya.